MALAYSIA kempunan membawa pulang sebarang gelaran dari Terbuka Jepun selepas sandaran terakhir negara tewas di pentas akhir.

Beregu lelaki nombor satu dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, terpaksa akur apabila tewas dalam perlawanan akhir beregu lelaki apabila tunduk di tangan pilihan ketiga dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae 16-21, 17-21.

Kemenangan Won Ho-Seung Jae itu bermakna, rekod pertemuan memihak lawan 1-2.

Kekalahan ini mengesahkan lagi rankjng nombor 1 dunia akan beralih kepada gandingan Korea Selatan itu.

Untuk rekod, Sze Fei-Nur Izzuddin sudah merangkul satu kejuaraan jelajah dunia tahun ini, iaitu Terbuka India, muncul naib juara di Jepun, tiga suku akhir iaitu Malaysia Masters, Terbuka Singapura dan Terbuka Indonesia.