PERKHABARAN baik buat semua penyokong Manchester United apabila pasukan terkemuka Liga Perdana Inggeris ini bakal berkunjung ke Malaysia pada Mei 2025.
Menurut sumber, permohonan untuk membawa skuad The Red Devils itu sudah dibuat kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia sebagai sokongan.
Kali terakhir Manchester United berkunjung ke Malaysia ketika Jelajah Asia 2009, beraksi dengan pasukan pilihan negara di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Sekiranya ia benar berlaku, pastinya kehadiran skuad bimbingan jurulatih baharu Ruben Amorim boleh mengubat sedikit kekecewaan penyokong-penyokong Manchester United berdasarkan prestasi semasa yang kini berada di tangga ke-13 dengan 11 mata selepas 14 perlawanan.