BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun mara ke pusingan kedua Masters China pada Selasa.
Pasangan ranking nombor dua dunia, Aaron-Wooi Yik menewaskan rakan senegara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 21-15, 21-15 dalam masa 33 minit pada pusingan pertama di Shenzhen Bay Gymnasium.
Aaron-Wooi Yik seterusnya akan menentang sama ada juara Masters Jepun yang baru dinobatkan, He Jiting-Ren Xiangyu atau pasangan China lain, Tan Qiang-Zhou Houdong pada pusingan kedua pada Khamis.
LI-NING China Masters 2023
MD – R32
🇲🇾Aaron CHIA🏅
21 21 🇲🇾SOH Wooi Yik🏅
🇲🇾ONG Yew Sin
15 15 🇲🇾TEO Ee Yi🕚 in 33 minutes
— BWFScore (@BWFScore) November 21, 2023
Sementara itu, Wei Chong-Kai Wun berhempas pulas untuk menewaskan pemain Korea Selatan, Jin Yong-Na Sung-seung 21-11, 15-21, 21-17 untuk bertemu sama ada pemain tuan rumah Liu Yuchen-Ou Xuanyi atau pemain Indonesia Shohibul Fikri-Bagas Maulana.
Manakala, kahabar duka buat Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan pasangan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.
Sze Fei-Izzuddin tumbang 23-21, 22-24, 19-21 kepada pemain Jepun, Akira Koga-Taichi Saito manakala Tang Jie-Ee Wei tewas 18-21, 18-21 kepada Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas dari Indonesia.
JADUAL ESOK :