PRESIDEN HockAcademy Datuk Seri Megat D.Shahriman Zaharudin berharap dapat menjalin kerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam menaikkan nama sukan hoki Kuala Lumpur khasnya.
Menurut Megat, beliau telah menghantar surat permohonan untuk bertemu dengan Menteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dr Zaliha Mustafa bagi membincangkan kerjasama dan sokongan daripada DBKL.
“Saya mewakil komuniti hoki Kuala Lumpur sangat berbesar hati sekiranya pihak DBKL dapat memberi sokongan demi sukan hoki wilayah ini.
“Saya menyerahkan surat kepada YB Dr Zaliha untuk memohon kerjasama terutama memperbaiki pam air di padang hoki Stadium Pantai yang mengalami kerosakan.
“Padang Hoki Stadium Pantai ini merupakan satu lokasi utama bagi aktiviti hoki komuniti Kuala Lumpur termasuk digunakan untuk kejohanan peringkat negeri dan juga kebangsaan.
“Namun sejak pam air rosak, ia telah menjejas penyelenggaraan padang sekaligus memberi kesan kepada pemain dan program latihan yang dijalankan.
“Ada juga saya mencadangkan agar satu inisiatif pengumpulan dana (fundraising) dijalankan dalam kalangan komuniti hoki Kuala Lumpur, sekiranya dibenarkan. Usaha ini untuk menggembleng sokongan bersama dalam memastikan pam air tersebut diperbaiki dan berfungsi dengan baik semula.
“Kami, komuniti hoki Kuala Lumpur bersedia memberi kerjasama dan sokongan penuh dalam memastikan kemudahan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak,” jelasnya dalam satu kenyataan.