PRESIDEN Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D.Shahriman Zaharudin mendedahkan Mesyuarat Exco yang pertama berlangsung dengan penuh motivasi daripada semua ahli.
Mesyuarat yang berlangsung pada 7 Januari lalu menyaksikan semua exco hadir dengan idea dan perancangan yang positif bagi memantapkan lagi MPM, dengan menekankan kepentingan semua atlet para.
“Selain membincangkan program-program atlet, kami turut menekankan mengenai aset MPM bagi dijadikan sustainable income yang mana kami mempunyai pendapatan sendiri.
“Dalam masa sama, kami turu t berbincang mengenai menarik lebih banyak kerjasama korporat untuk tempoh 10 tahun selain menumpukan atlet-atlet di luar program.

Amarjit Singh
“Dalam masa sama kami juga merancang untuk menubuhkan jawatankuasa untuk menumpukan tugas-tugas mencari bantuan dan bukan hanya bergantung kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
“Secara keseluruhan semua ahli exco sangat positif untuk mulakan gerak kerja yang lebih proaktif,” jelasnya.
Sementara itu, Naib Presiden Datuk Amarjit Singh Gill memberitahu mesyuarat exco kali pertama ini menyaksikan semuanya bersemangat dalam merencanakan hala tuju MPM selepas ini.
“Pelbagai point dibincangkan termasuk penajaan yang menjadi keutamaan.
“Saya juga dilantik sebagai Pengerusi Undang-Undang dan Etika Komuniti dan akan menyerahkan dengan beberapa cadangan untuk MPM selepas ini.
“Secara keseluruhannya saya looking forward dan good working,” ujarnya.