KELAB Newscastle sedang mempertimbangkan perpindahan untuk bekas bintang Manchester United, David De Gea, menurut sebuah laporan.

Pasukan Toon sedang mencari penjaga gol baharu berikutan kecederaan penjaga gol mereka, Nick Pope.

Penjaga gol England itu terpaksa digantikan akibat kecederaan bahu yang dialaminya ketika berlawan dengan United dan mungkin akan terlepas separuh musim ini.

Newcastle difahamkan akan menilai pilihan perpindahan menjelang pembukaan semula jendela perpindahan pada Januari, dengan Martin Dubravka ditetapkan untuk menggantikan Pope sehingga penggantinya ditemui.

David de Gea tidak mempunyai kelab sejak dilepaskan dari Manchester United.

Menurut laporan dari Daily Mail, bekas penjaga gol United, De Gea merupakan salah seorang pemain dalam senarai pendek kelab itu.

Pemain Sepanyol berusia 33 tahun itu dalam proses mencari kelab baru sejak meninggalkan Red Devils pada musim panas tetapi mungkin akan menuntut gaji yang besar.

Dia memperoleh £375,000 (RM2.21 juta) seminggu di Old Trafford tetapi dikatakan berminat untuk berpindah ke Newscastle dan mungkin akan menerima pengurangan gaji.

Pemain terbuang Arsenal, Aaron Ramsdale, juga dikatakan terbuka untuk berpindah ke timur laut, menurut talkSPORT.

Nick Pope mungkin terlepas baki musim ini selepas mengalami kecederaan bahu.

Walau bagaimanapun, pilihan kelab didakwa lebih cenderung kepada De Gea, kerana Ramsdale mungkin memerlukan bayaran sekitar £50 juta (RM295.17 juta).

De Gea sebelum ini dikaitkan dengan Real Betis dan pasukan Arab Saudi, Al-Ettifaq, sejak meninggalkan Liga Perdana. Dia dikatakan telah menolak tawaran gaji £500,000 (RM2.94 juta) seminggu di Al-Nassr milik Cristiano Ronaldo.

De Gea telah meluangkan masa lapangnya bersama isteri yang juga merupakan penyanyi pop, Edurne. De Gea sebelum ini telah menghabiskan 12 tahun di United dan membuat 545 penampilan untuk kelab itu.