KAPTEN Manchester United, Harry Maguire di ‘boo’ para penyokong semasa aksi bertemu Crystal Palace di Melbourne Cricket Ground dalam menjalani Perlawanan Pra-Musim di Australia.
Setelah memperoleh kemenangan besar mengatasi Melbourne Victory, kini Red Devils terus mengorak langkah membenam pasukan Crystal Palace 3-1.
Bagaimanapun, Harry Maguire masih berada dalam radar kebencian buat penyokong Manchester United sendiri apabila dia diejek ‘boo’ setiap kali mendapat bola.
Dalam pada itu, perlawanan dihiasi dengan satu kad merah apabila pemain Red Devils, Will Fish dibuang padang pada minit ke – 84.
Sementara itu, gol-gol United dijaringkan Anthony Martial, Marcus Rashford dan Jadon Sancho manakala gol tunggal Crystal Palace disumbang Joel Ward.
Kemenangan tersebut juga dilihat sebagai momentum terbaik United dengan pengendali baharu, Erik Ten Hag dalam misi membawa United kembali digeruni lawan.