PRESIDEN Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria meluahkan kebimbangan terhadap kecenderungan beberapa jenis sukan yang hanya didominasi oleh satu bangsa sahaja, sambil menegaskan keadaan itu tidak sihat untuk sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.
Menurut beliau, langkah membina jambatan perpaduan menerusi sukan harus digerakkan sejak di peringkat akar umbi agar jurang antara kaum tidak terus melebar dan menjejaskan masa depan generasi muda.
“Kita tidak mahu melihat semangat perpaduan tercemar sejak kecil. Jurang antara kaum hanya akan membawa kesan buruk kepada negara pada masa depan.

pasukan Court Soccer B menundukkan CNS Gym FT 3-1 untuk dinobatkan sebagai juara.
“Justeru, usaha mengadakan program melibatkan semua lapisan bangsa mesti diperbanyakkan, malah saya menggesa Kementerian Belia dan Sukan untuk memberi lebih banyak sokongan serta pelaburan,” katanya ketika menghadiri Kejohanan Futsal Perpaduan Bawah 18 Tahun 2025, Piala Datuk Santokh Singh di WNZ Sports Arena, Puchong.

pasukan Court Soccer B menundukkan CNS Gym FT 3-1 untuk dinobatkan sebagai juara.
Norza turut menzahirkan penghargaan kepada tokoh legenda bola sepak, Datuk Santokh Singh yang terus menyumbang bakti terhadap pembangunan sukan dan belia, serta sukarelawan akar umbi yang sentiasa komited biarpun berdepan kekangan dana dan kemudahan.
Dalam aksi final yang berlangsung penuh bersemangat, pasukan Court Soccer B menundukkan CNS Gym FT 3-1 untuk dinobatkan sebagai juara, sekali gus melengkapkan kejohanan yang menjunjung semangat perpaduan belia pelbagai kaum.