SAINGAN Liga Super Bola Jaring (NSL) 2025, menjanjikan aksi lebih padat dan mendebarkan apabila seramai 15 pemain import akan menyertai lapan pasukan bertanding musim ini.
Saingan yang akan membuka saingan 1 hingga 23 Februari itu, bakal menghimpunkan pemain terbaik tempatan dan pemain luar negara yang berkualiti, sekali gus diyakini mampu menjadikan perlawanan lebih menarik.
Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John berkata, NSL antara produk yang terbukti mampu menarik tontonan tinggi, setaraf saingan sukan antarabangsa lain yang ditayangkan di saluran sukan stesen televisyen berbayar itu.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh melancarkan NSL 2025.
“Berdasarkan pengalaman lalu, kehadiran peminat amat menggalakkan dengan peningkatan jualan tiket sebanyak 71 peratus. Sepanjang tiga musim dari 2021, Astro Arena menerima keseluruhan 9 juta tontonan sementara di Astro Go pula 7 juta tontonan.
“Dahulu, hanya sukan antarabangsa boleh memacu perniagaan, namun kini kita dapat lihat nilai sukan tempatan amat penting,” kata Nicholas pada majlis Pelancaran NSL 2025.

Bergaya…. wakil lapan pasukan yang akan memeriahkan saingan NSL 2025.
Beliau berkata, kehadiran pemain import dari pelbagai negara seperti Fiji, Australia, Afrika Selatan dan Sri Lanka, mampu menarik kehadiran penonton.
Malah katanya, semua lapan pasukan memiliki pemain import untuk saingan kali ini, yang bakal menjadikal setiap perlawanan sukar diramal.
Untuk rekod, pada edisi 2023, hanya 11 pemain import beraksi dalam NSL.
Majlis Pelancaran NSL 2025 berlangsung dengan meriah sambil dilancarkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.