PAPER Rex bakal berdepan satu lagi gergasi Asia, DRX dalam pusingan lower bracket selepas cemerlang menewaskan Team Heretics 2-1 di kejohanan Valorant Champion 2025.

Tersingkir ke lower bracket oleh Fnatic sebelum ini, Paper Rex tampak tidak goyah apabila menundukkan Team Heretics dalam perlawanan penuh dramatik.

Di peta pertama Ascent, yang menjadi pilihan Heretics, Paper Rex bangkit daripada ketinggalan sebelum menutup aksi dengan kemenangan 13-11. Namun, mereka tewas 9-13 di peta kedua Bind yang merupakan pilihan mereka sendiri.

Segalanya terlerai di peta penentuan, di mana Paper Rex tampil dominan dengan kemenangan bergaya 13-4, sekaligus menempah tiket ke pusingan seterusnya.

 

Menanti mereka ialah musuh tradisi, DRX, yang turut mara selepas menewaskan MIBR 2-1, pertembungan ini dijangka sengit kerana ia merupakan perlawanan kalah mati.

Aksi penting pada 3 Oktober 2025 itu akan menjadi peluang buat kedua-dua pasukan untuk terus memburu trofi paling berprestij dalam dunia Valorant, iaitu Valorant Champions 2025.

Kredit Gambar : Paper Rex