PAPER Rex memulakan langkah garang di peringkat upper quarter final Valorant Champions 2025 apabila menundukkan G2 Esports dengan keputusan 2-1 dalam aksi penuh dramatik, membuka peluang besar buat wakil Asia Tenggara itu untuk mara lebih jauh dalam kejohanan paling berprestij.

Aksi di map pertama Lotus menyaksikan gandingan mantap something dan Jinggg tampil cemerlang untuk menghadiahkan kemenangan (13-11) kepada Paper Rex, namun, G2 tidak mengalah apabila bangkit di map kedua Corrade dengan kemenangan sengit (15-13) yang memaksa pertarungan ke penentuan map ketiga.

Di map penutup Ascent, Paper Rex kembali menemui rentak kemenangan apabila menamatkan cabaran G2 dengan keputusan (13-11), aksi konsisten dan agresif mereka menjadi kunci utama untuk mengunci slot ke pusingan seterusnya.

Bintang utama Paper Rex, something dan f0rsakeN menjadi watak penting sepanjang siri apabila masing-masing merekodkan lebih 60 jumlah kill merentasi tiga map membuktikan mengapa Paper Rex kekal antara pasukan yang digeruni di pentas dunia.

 

Kemenangan ini juga menandakan rekod kedua buat Paper Rex menewaskan G2 dalam empat pertemuan mereka di pentas tier 1 match.

Paper Rex bakal berdepan satu lagi lawan gergasi iaitu Fnatic di upper semifinal pada 28 September, pertembungan itu dijangka sengit kerana kedua-dua pasukan memburu slot ke upper final untuk menghampiri peluang menjulang trofi berprestij Valorant Champions 2025.

Kredit Gambar : Paper Rex