UNDIAN playoff Valorant Champions 2025 menemukan Paper Rex dengan G2 Esports di pusingan Upper Quarterfinal, pertemuan ini kembali jadi tumpuan kerana kedua pasukan pernah berentap sebelum ini dan masing-masing tampil konsisten di peringkat kumpulan.
Fnatic pula bakal diuji gergasi Korea DRX yang dikenali dengan corak permainan disiplin dan tersusun manakala Fnatic membawa pengalaman besar dari pentas EMEA. Perlawanan ini dijangka sengit dengan kedua pasukan mahu buktikan dominasi mereka.
Satu lagi aksi menarik melibatkan Team Heretics menentang MIBR. Heretics datang dengan reputasi sebagai pasukan EMEA yang agresif sementara MIBR membawa semangat Amerika Selatan yang tidak mudah mengalah, kedua pasukan pasti mahu gunakan peluang ini untuk mara lebih jauh.
NRG pula akan bertemu GiantX. NRG tampil meyakinkan sepanjang kejohanan dan mahu terus kekal konsisten. GiantX mungkin bukan pilihan utama peminat namun berpotensi besar mencipta kejutan jika mereka dapat momentum awal.

Playoff akan bermula pada 25 September di Accor Arena Paris dengan saingan berlangsung hingga 6 Oktober, kejohanan ini menawarkan hadiah keseluruhan RM 9.4 juta, menjadi pentas terbesar bagi semua pasukan yang layak.
Mengikut ranking semasa Global Power Rankings G2 kini di tangga pertama diikuti rapat Paper Rex dan NRG. DRX serta Fnatic juga berada dalam kelompok enam terbaik menjadikan setiap pertemuan di playoff ini penuh intensiti dan sukar diramal.
Kredit Gambar : Valorant Esport