SELANGOR Red Giants Esports (SRG) dan Rex Regum Qeon (RRQ) Tora membuka musim baharu MPL MY dengan kemenangan dominan bagi kedua-dua perlawanan pada hari ini.
SRG dengan barisan pemain baharu yang memperlihatkan Unii yang menggantikan Sekys di posisi Jungler buat pasukan.
Perkara itu tidak mengubah momentum pasukan mereka selaku juara bertahan, apabila kemenangan bersih terhadap pasukan Vamos.
Yums dipilih sebagai pemain terbaik bagi perlawanan tersebut dan ketika di temubual selepas perlawanan beliau berkata “Vamos bermain bagus tetapi mereka bertemu kami sayangnya,”
Di samping itu, organisasi gergasi Indonesia, RRQ Tora berjaya menumbangkan lawan mereka, Team Rey, 2-0.
Pasukan bimbingan legenda MPL MY, Sasa bersama anak buahnya yang terdiri daripada pemain tempatan dan juga import daripada Indonesia dan Filipina ini tampil dominan dalam debut.
Gold Laner RRQ Tora, Rough yang juga pemain terbaik perlawanan menyatakan bahawa Sasa banyak membantu mereka dari segi mentaliti dan disiplin yang membantu dalam kemenangan ini.
MPL MY akan berlangsung lagi pada hari esok dengan memperlihatkan tiga perlawanan yang akan dilangsungkan di Quill City Mall Convention Centre.
Sumber gambar: Website MPL MY