KEHADIRAN pemegang rekod dunia Powerlifting kategori 72 kilogram (kg), Bonnie Bunyau Gustin di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan menyuntik semangat atlet yang bertanding.
Menurut Wan Nur Azri Wan Azman, 25, meskipun sentiasa bertemu Bonnie kerana menjalani latihan bersama juara dunia itu, kehadiaran Bonnie tetap menyamarakkan semangatnya yang berjaya meraih pingat emas Powerifting kategori 97kg lelaki hari ini.
“Memang gembira melihat Bonnie datang memberi sokongan kepada rakan sepelatih, kerana siapa yang tak mahu menjadi seperti Bonnie,” kata Azri.
Begitupun kemenangannya itu jauh dari catatan terbaiknya yang dilakukan di Temasya Para Asean, Solo, Indonesia, Julai lalu.
“Ini adalah kejohanan pertama saya sertai selepas alami kecederaan bahu seterlah saingan di Solo. Hingga kini, baru 70 peratus pulih, jadi saya berpuas hati dengan pingat emas ini,” katanya.
Pada saingan hari ini, Azri menang pingat emas selepas melakukan Angkatan terbaik 130kg, menewaskan atlet Johor, Shaifudin Mahsar dari Johor (85kg) pingat perak dan KD Dzulljalally Ku Abidin dari Kedah (45kg) pingat gangsa.
Pada temasya Para ASEAN lalu, Azri memenagi pingat perak dengan Angkatan 173kg.
“Saya akan bangkit memperbaiki Angkatan dan saya mahu melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Paris 2024,” kata Azri, yang menjadikan Bonnie sebagai idolanya.