KETUA jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente, turut memberi perhatian terhadap pengumuman awal mengenai pelantikan jurulatih baharu skuad kebangsaan, Peter Cklamovski.
Pau Marti tidak menyembunyikan bahawa keputusan itu sedikit mengganggu fokusnya, namun beliau tetap mengekalkan tumpuan terhadap tugas semasa.
“Bagi saya, ini adalah situasi yang agak pelik. Namun, saya tidak boleh mengawal perkara tersebut. Fokus saya kini adalah pada latihan dan persediaan untuk mengalahkan Singapura,” jelasnya.
Persatuan Bola Sepak (FAM) menamatkan spekulasi mengenai jawatan ketua jurulatih skuad kebangsaan pada Isnin lalu, dengan mengumumkan bekas pengendali FC Tokyo itu sebagai pengganti Vicente.