BEREGU wanita nombor 2 dunia, Pearly Tan-M Thinaah gagal meneruskan aksi hingga ke hari terakhir Terbuka Malaysia 2026, selepas tersingkir di pusingan kedua, sebentar tadi.
Berdepan lawan yang ditundukkan pada final Sukan SEA, Febriani Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari, Pearly-Thinaah bagaikan tiada jawapan pasti setelah ketinggalan 1-11 di set pertama sebwlum tunduk 24-26.
Mendahului lawan 6-2, 14-12 di set kedua namun tidak cukup untuk menjinakkan lawan sebelum akur tewas 17-21.

“Kecewa memang ada tapi kalah menang adalah normal untuk atlet, mereka (lawan) juga banyak prepare untuk hari ini,” kata Pearly.
Turut tersingkir, perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao yang kalah kepada Jonatan Christie.

Biarpun mengungguli rekod lima pertemuan sebelumnya 3-2, Jun Hao akur akan kehebatan pilihan keempat itu apabila tunduk 18-21, 11-21 dqlam tempoh 55 minit.
“Hari ini Jojo main dengan lebih baik dengan pukulan-pukulan berkualiti,” kata Jun Hao.