KEJOHANAN Piala Dunia Hoki 5 Sebelah (5S) yang dinanti-nantikan hampir membuka tirainya pada 24 Januari 2024 dan berlangsung di Muscat, Oman.
Skuad hoki 5s lelaki dan perempuan kebangsaan yang berjaya menempah tiket ke saingan Piala Dunia ini akan berentap bersama tiga pasukan luar negara pada peringkat awalnya.
Untuk maklumat, 16 pasukan wanita dari seluruh dunia akan bersaing untuk menjadi juara dunia pertama dalam sejarah Hoki 5s di stadium hoki baharu yang bertaraf antarabangsa bermula 24 Januari.
Bagi skuad lelaki pula akan menyusul pada 28 Januari untuk mengikuti empat hari perlawanan yang berintensiti tinggi.
Wanita:
Pool A: Fiji, Malaysia, Belanda, Oman
Pool B: Australia, Afrika Selatan, Ukraine, Zambia
Pool C: India, Namibia, Poland, Amerika Syarikat
Pool D: New Zealand, Paraguay, Thailand, Uruguay
Lelaki:
Pool A: Belanda, Nigeria, Pakistan, Poland
Pool B: Mesir, India, Jamaica, Switzerland
Pool C: Australia, Kenya, New Zealand, Trinidad & Tobago
Pool D: Fiji, Malaysia, Oman, Amerika Syarikat
Selepas tamat perlawanan fasa kumpulan, lapan pasukan terbaik (dua teratas dalam setiap kumpulan) akan melangkah ke peringkat separuh akhir untuk bersaing menjadi juara Hoki 5S.
Walau bagaimanapun, Presiden FIH Tayyab Ikram telah memberi satu inisiatif sebagai tanda dorongannya, iaitu pasukan yang tidak layak ke peringkat separuh akhir masih mempunyai peluang untuk bersaing memenangi Piala FIH Hoki 5S “Challenger Trophy”, yang akan diberikan kepada pasukan yang menduduki tempat ke-9 secara keseluruhan.