TRENDING:

Flash Sukan menemui anda!
Terengganu FC ‘guris’ rekod Sri Pahang di K...
Disebalik kempunan piala di Chiang Mai, ada petanda pos...
Flashsukan.com.my
  • Harimau Malaya
    • Featured

      Ubaidullah Yakin Harimau Malaya Mampu Raih Keputusan Positif Di China

      Ubaidullah Yakin Harimau Malaya Mampu Raih Keputusan Positif Di China

      Nov 10, 2026 | Harimau Malaya
    • Featured

      Safawi Rasid Yakin Wajah Baharu Mampu Beri Saingan Dalam Harimau Malaya

      Safawi Rasid Yakin Wajah Baharu Mampu Beri Saingan Dalam Harimau Malaya

      Nov 10, 2026 | Harimau Malaya
    • Featured

      Tan Cheng Hoe Mahu Harimau Malaya Hormati Kekuatan China dan Yemen

      Tan Cheng Hoe Mahu Harimau Malaya Hormati Kekuatan China dan Yemen

      Nov 10, 2026 | Harimau Malaya
  • Hoki
  • Badminton
    • Featured

      Aaron Chia-Wooi Yik Pertaruh Tiga Kejohanan Buru Tiket Akhir

      Aaron Chia-Wooi Yik Pertaruh Tiga Kejohanan Buru Tiket Akhir

      Oct 29, 2026 | Badminton
    • Featured

      Aaron Chia-Wooi Yik Terpaksa Berpuas Hati Sebagai Naib Juara Terbuka Denmark 2026

      Aaron Chia-Wooi Yik Terpaksa Berpuas Hati Sebagai Naib Juara Terbuka Denmark 2026

      Oct 18, 2026 | Badminton
    • Featured

      Pearly Tan-M. Thinaah Tamat Kemarau 18 Tahun, Julang Gelaran Terbuka Denmark

      Pearly Tan-M. Thinaah Tamat Kemarau 18 Tahun, Julang Gelaran Terbuka Denmark

      Oct 18, 2026 | Badminton
  • Liga Malaysia
    • Featured

      MFL Serah Laporan Insiden Kekecohan Kuching City-Selangor Kepada FAM

      MFL Serah Laporan Insiden Kekecohan Kuching City-Selangor Kepada FAM

      Nov 10, 2026 | Liga Malaysia
    • Featured

      Aidil Sharin Tegaskan Kejayaan Kuching City Hasil Usaha Berpasukan

      Aidil Sharin Tegaskan Kejayaan Kuching City Hasil Usaha Berpasukan

      Nov 9, 2026 | Liga Malaysia
    • Featured

      Kim Pan-gon Desak MFL Siasat Insiden Kekecohan Selepas Selangor Tersingkir Daripada Piala FA

      Kim Pan-gon Desak MFL Siasat Insiden Kekecohan Selepas Selangor Tersingkir Daripada Piala FA

      Nov 9, 2026 | Liga Malaysia
  • Global
    • Featured

      Mauricio Pochettino Jadi Pilihan Utama Manchester United Jika Carrick Dipecat

      Mauricio Pochettino Jadi Pilihan Utama Manchester United Jika Carrick Dipecat

      Nov 10, 2026 | Bola Sepak, Global
    • Featured

      Cristiano Ronaldo Umum Persaraan Antarabangsa, Tinggalkan Portugal Selepas 23 Tahun

      Cristiano Ronaldo Umum Persaraan Antarabangsa, Tinggalkan Portugal Selepas 23 Tahun

      Nov 5, 2026 | Bola Sepak, Global
    • Featured

      Liverpool Masih Terkalah Di November

      Liverpool Masih Terkalah Di November

      Nov 5, 2026 | Bola Sepak, Global
  • EPL
  • E-Sukan
  • Ekstra Flash
    • Featured

      Ahmad Harun Cipta Kejutan, Raih Emas Kejohanan Memanah Tradisional Dunia Pada Usia 56 Tahun

      Ahmad Harun Cipta Kejutan, Raih Emas Kejohanan Memanah Tradisional Dunia Pada Usia 56 Tahun

      Nov 10, 2026 | Ekstra Flash
    • Featured

      Sumali Reduan Dilantik Timbalan Presiden ASTAF, Menang Tanpa Bertanding

      Sumali Reduan Dilantik Timbalan Presiden ASTAF, Menang Tanpa Bertanding

      Nov 10, 2026 | Ekstra Flash
    • Featured

      Kerajaan Setuju Cadangan Anjur Satu Lagi Temasya Sukan Kebangsaan

      Kerajaan Setuju Cadangan Anjur Satu Lagi Temasya Sukan Kebangsaan

      Nov 5, 2026 | Ekstra Flash
  • KENALI FLASH SUKAN

Select Page

Penggantungan Kafa oleh FAM sah – Peguam

Posted by FAHMI ISMAEL | Dec 25, 2024 | Liga Malaysia

Penggantungan Kafa oleh FAM sah – Peguam

ISU penggantungan Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terus mencuri perhatian peminat bola sepak tempatan.

Pelbagai komen di media sosial mempersoalkan tindakan ini, dengan ada yang berpendapat bahawa keputusan menggantung Kafa sehingga pemilihan baharu diadakan semula sepatutnya diputuskan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS), seperti kes Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) sebelum ini.

Namun, situasi ini berbeza menurut peguam undang-undang sukan, Zhafri Aminurashid.

“Kes Pafa berlaku pada tahun 2022, sebelum wujudnya Peraturan-Peraturan Pembangunan Sukan (Tatacara Dalaman bagi Penyelesaian Pertikaian Dalam Badan Sukan) yang mula berkuat kuasa selepas kes tersebut.

“Menurut peraturan ini, badan sukan diwajibkan menyelesaikan sebarang pertikaian dalaman mengikut tatacara yang termaktub dalam statut atau perlembagaan masing-masing. Hanya jika gagal, pertikaian boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Pertikaian Sukan,” tulisnya menerusi catatan di Facebook.

Mengulas lanjut, dalam kes KAFA, badan itu didapati telah melanggar Artikel 16(1)(ix) Statut FAM, iaitu gagal memastikan pemilihan diadakan mengikut prosedur yang menjamin kebebasan sepenuhnya.

“Oleh itu, pemilihan yang berlangsung dianggap tidak sah, sekali gus membatalkan semua pelantikan jawatan.

“FAM, setelah meneliti perkara ini, memutuskan untuk menggantung keahlian Kafa sehingga pemilihan baharu diadakan.

“Ramai mempersoalkan mengapa keputusan hanya dibuat sekarang, sedangkan pemilihan Kafa berlangsung pada 20 Julai 2024. Difahamkan, aduan awal telah dibuat kepada PPS oleh tiga entiti berkepentingan,” tambahnya.

PPS, pada September 2024, mengarahkan FAM untuk menyelesaikan aduan tersebut terlebih dahulu sebelum ia dirujuk semula kepada PPS.

Tempoh dua bulan yang diambil FAM untuk menyelesaikan aduan ini dianggap wajar, malah lebih pantas berbanding kebiasaan kes lain yang biasanya memakan masa tiga hingga enam bulan.

“Namun, proses ini tetap boleh diperbaiki untuk mengelakkan kelewatan, memandangkan tempoh penyelesaian sering menjadi perbualan di kalangan netizen,” katanya lagi.

Penggantungan ini bukanlah pengakhiran buat bola sepak Kelantan. Ia bersifat sementara dan boleh diselesaikan melalui pematuhan perlembagaan Kafa.

 

Share:

PreviousBarisan baharu pencalonan AGM PHKL sedia pikul tugas
NextSeramai 33 atlet sepak takraw terpilih sertai Program Podium 2025

Related Posts

‘Oppa’ KDN FC makin bermotivasi tunjuk taring

‘Oppa’ KDN FC makin bermotivasi tunjuk taring

July 4, 2024

“KDN FC tak bernasib baik” – Rezal Zambery

“KDN FC tak bernasib baik” – Rezal Zambery

August 27, 2024

Machan FC perlu hantar surat kepada AFL untuk tarik diri

Machan FC perlu hantar surat kepada AFL untuk tarik diri

September 17, 2024

12 ‘clean sheet’, Syihan ucap terima kasih pada TMJ dan pasukan

12 ‘clean sheet’, Syihan ucap terima kasih pada TMJ dan pasukan

June 4, 2023

TERKINI

  • MFL Serah Laporan Insiden Kekecohan Kuching City-Selangor Kepada FAM
    MFL Serah Laporan Insiden Kekecohan Kuching City-Selangor Kepada FAM
    Nov 10, 2026 | Liga Malaysia
  • Mauricio Pochettino Jadi Pilihan Utama Manchester United Jika Carrick Dipecat
    Mauricio Pochettino Jadi Pilihan Utama Manchester United Jika Carrick Dipecat
    Nov 10, 2026 | Bola Sepak, Global
  • Ahmad Harun Cipta Kejutan, Raih Emas Kejohanan Memanah Tradisional Dunia Pada Usia 56 Tahun
    Ahmad Harun Cipta Kejutan, Raih Emas Kejohanan Memanah Tradisional Dunia Pada Usia 56 Tahun
    Nov 10, 2026 | Ekstra Flash
  • Sumali Reduan Dilantik Timbalan Presiden ASTAF, Menang Tanpa Bertanding
    Sumali Reduan Dilantik Timbalan Presiden ASTAF, Menang Tanpa Bertanding
    Nov 10, 2026 | Ekstra Flash
  • Ubaidullah Yakin Harimau Malaya Mampu Raih Keputusan Positif Di China
    Ubaidullah Yakin Harimau Malaya Mampu Raih Keputusan Positif Di China
    Nov 10, 2026 | Harimau Malaya

Video Terkini

Loading...
  • “KPG tak kenang budi FAM”
  • Faktor Megat D.Shahriman minat beli KL City FC
  • Selamat Tinggal 2023! Ini antara kisah-kisah yang menjadi tumpuan pembaca Flash Sukan
  • “Kalau bukan kerana beliau kita tidak berada di tempat sekarang”
  • “Sedih tengok coach kecewa” – Matt Davies