PERAK FC semakin giat mengusik peminat-peminat bola sepak tanah air apabila mengeluarkan satu lagi teaser berkaitan dengan perkembangan kelab tersebut bagi mengharungi kempen Liga Super 2023.
Kali ini video pendek berdurasi 30 saat memaparkan sebahagian jersi baharu yang akan digunakan pakai musim ini.
Terdapat tiga jenis jersi iaitu home, away dan jersi alternatif yang ditaja pakaian Cheetah dan penaja ONEXOX.
Penyokong Seladang mula berteka-teki bagaimana corak jersi sebenar. Apapun, mereka kenalah tunggu pelancaran jersi secara rasmi yang akan dibuat pada 13 Januari depan.