KEGAGALAN skuad hoki lelaki negara pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Muscat, Oman dirumuskan berpunca dari ketumpulan penyudah.

Perkara itu dikongsi ketua jurulatih A Arulselvaraj sebaik pasukan kebangsaan lelaki, menamatkan saingan di kedudukan kelima dengan mengatasi Kanada 3-1 menerusi penentuan penalti shoot out.

“Ini pandangan peribadi saya dari segi hoki, kejurulatihan dan pasukan. Di kejohanan ini, apabila tengok statistik kita, ‘circle entry’ kita, peluang yang dicipta semuanya lebih tinggi berbanding pasukan lawan,” katanya.

Secara peribadi, beliau menegaskan anak buahnya mempunyai peratusan peluang yang lebih besar berbanding lawan di Oman namun tidak berupaya untuk menjelmakan sentuhan penyudah sempurna dan ia menghukum pasukan.

Skuad hoki kebangsaan lelaki menamatkan saingan kelayakan olimpik Paris pada kedudukan kelima. Keptuusan itu bermakna Speedy Tigers terus kempunan untuk beraksi di Sukan Olimpik. |Foto FIH

“Namun kita tak dapat menang disebabkan sentuhan penyudah kita tak dapat dilaksanakan dengan lebih teliti ataupun membuat keputusan ketika berada dalam ‘circle opponent’ tak dilaksanakan dengan baik.

“Dalam kotak D, kita punya ‘low body position’ tak mencukupi selain kemahuan untuk menang bola 50-50 dan menyebabkan pihak lawan dapat melakukan jaringan,” katanya.

Selain itu, beliau mendapati kecergasan fizikal menjadi elemen penting yang akan ditambahbaik selepas ini.

Skuad hoki kebangsaan lelaki menamatkan saingan kelayakan olimpik Paris pada kedudukan kelima. Keptuusan itu bermakna Speedy Tigers terus kempunan untuk beraksi di Sukan Olimpik. |Foto FIH

“Namun secara keseluruhan, kita kena perbaiki dua tiga perkara… salah satunya kecergasan fizikal, kita akan menyambung latihan dan di masa depan kita akan dapat sesuatu kejayaan.

“Kepada peminat Malaysia, bagi pihak pasukan kita ingin menyuarakan rasa kecewa kami tetapi berharap peminat hoki tanah air meneruskan sokongan kepada hoki kerana saya pasti kita akan melalui fasa seperti ini. Namun pada satu hari nanti, (dengan) kerja yang betul dan proses pembangunan yang baik, pastinya kita akan mencapai kejayaan,” katanya.

Ketua jurulatih hoki lelaki kebangsaan, A Arulselvaraj berbincang dengan dua pakar pukulan sudut penalti Australia, Kieran Govers (kiri) dan Glenn Turner (tengah) pada Jun.

Speedy Tigers tagih kepakaran pukulan sudut penalti Australia

Ironinya, selama ini Arul menyatakan skuad negara mengalami kemajuan demi kemajuan terutamananya dalam aspek serangan, selepas mendapat khidmat pakar dari Australia seperti pakar sudut penalti Chris Ciriello, Kieren Govers dan Glen Turner.

Pada perlawanan terakhir penentuan kelima dan keenam menentang Kanada malam tadi, gol kemenangan Speedy Tigers menerusi shoot out dijaringkan Firhan Ashari, Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi dan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal.

Dalam Perlawanan itu turut menyaksikan penjaga gol negara, Muhammad Hafizuddin Othman dipilih sebagai pemain terbaik.