
Perang mulut LTK dan penyokong, “Kami ‘aware’ dan ambil maklum”

PERAK FC mengambil maklum sebuah video pendek melibatkan jurulatih The Bos Gaurus, Datuk Lim Teong Kim yang tular.
Menerusi satu hantaran video di media sosial, berlakunya pertengkaran antara Teong Kim dan para penyokong sebaik tamat perlawanan Liga Super di Stadium Ipoh.
“Kami aware dan kami ambil maklum,” kata kenyataan dipetik dari TBG Super Fan pada Jumaat.
Terdahulu, tular satu video di laman sosial berlaku pergaduhan mulut antara segelintir penyokong Perak dengan ketua jurulatih tersebut dalam perlawanan yang menyaksikan tuan rumah tumbang buat kali kedua kepada Sri Pahang FC musim ini.
“Kamu cakap saja tapi siapa pemain kita yang bijak ambil peluang.
“Saya tanya kamu siapa bijak ambil peluang. Kalau begitu kamu jadi coach la,” itu antara kata-kata diterbitkan Teong Kim dalam satu video yang sedang tular.
Kemarahan penyokong kian memuncak apabila Perak sekadar menang sekali daalam lima perlawanan liga selain tersingkir awal di pusingan pertama Piala FA.
ARTIKEL BERKAITAN : “Jurulatih kadang-kadang mesti seperti kuda” – LTK