PENYERANG Harimau Malaya, Sergio Aguero, menegaskan skuad negara akan berjuang habis-habisan dalam perlawanan ‘derby’ penting menentang Singapura pada aksi terakhir peringkat kumpulan A Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, Jumaat ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Ditemui di Wisma FAM sebelum sesi latihan, Aguero mengakui perlawanan menentang Singapura bukan sekadar pertembungan biasa, malah menjadi penentu kelayakan ke separuh akhir.
“Ia satu perlawanan besar kerana ia menentukan kelayakan kami ke separuh akhir. Kami akan beri yang terbaik, tetapi sudah tentu Singapura lawan yang sukar.
“Kami telah menganalisis permainan mereka, namun kami bermain di laman sendiri, jadi kami perlu gunakan kelebihan itu,” kata Aguero.
Mengulas tekanan selepas kekalahan kepada Thailand, Aguero menjelaskan bahawa tiada tekanan tambahan buat skuad negara, sebaliknya fokus mereka adalah untuk bangkit dan mengekalkan rentak permainan seperti biasa.
“Kami hanya perlu buat kerja kami dan bermain dengan cara yang sama.
“Setiap perlawanan adalah final, tidak kira peringkat kumpulan atau separuh akhir. Kami perlu berikan segalanya dan tolak pasukan ke hadapan,” tambahnya.
Aguero turut menceritakan tentang prestasinya dalam perlawanan sebelum ini, termasuk aksi cemerlang menentang Kemboja, namun sedikit hambar ketika menentang Timor-Leste.
“Setiap perlawanan di tempat lawan memang sukar. Saya rasa baik ketika menentang Kemboja, tetapi tidak begitu memuaskan menentang Timor-Leste.
“Lawan Thailand, saya letak tekanan pada diri sendiri untuk beri lebih, dan Jumaat ini, kami perlu ulangi kemenangan ke atas Singapura seperti pada 2022,” katanya penuh yakin.
Dalam pada itu, Aguero yang sebelum ini viral dengan ucapan motivasi di bilik persalinan semasa menentang Thailand tempoh hari, mengakui telah menyuntik semangat itu bersama skuad kebangsaan.
“Di Pahang, saya sering buat (ucapan motivasi), tapi saya berhenti tahun lalu. Sekarang, saya rasa pasukan ini memerlukannya.
“Kita dapat lihat bagaimana kami bermain lebih baik menentang Thailand berbanding Timor-Leste. Jadi, saya percaya kami ada peluang cerah untuk ke separuh akhir,” ujarnya.
Mengulas kelebihan Singapura yang memiliki beberapa pemain berpengalaman dalam liga tempatan, Aguero percaya perkembangan teknologi dan kajian taktikal menyekat kelebihan itu.
“Ya, mereka ada kelebihan kerana beberapa pemain beraksi di Malaysia. Tapi sekarang, dengan teknologi dan jurulatih yang banyak mengkaji lawan, tiada lagi kelebihan besar.
“Jika kami bermain seperti ketika menentang Thailand, saya yakin kami boleh menang,” tegas Aguero.
Skuad Harimau Malaya kini mengharapkan keputusan terbaik menjelang perlawanan penentuan kumpulan, dengan semua mata tertumpu pada aksi antara Thailand dan Singapura.
Keputusan itu bakal menjadi petunjuk awal laluan Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN 2024.