KEJOHANAN bola sepak Piala Mitsubishi Electric 2024 kembali, dengan perlawanan penting antara Malaysia dan Timor-Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu.
Selepas hanya mengutip satu mata dalam perlawanan pertama menentang Kemboja tempoh hari, Harimau Malaya kini mahu bangkit untuk meraih kemenangan penuh pada perlawanan kedua.
Ini adalah peluang emas bagi Malaysia untuk memperbaiki prestasi dan menghidupkan semula impian untuk mara jauh dalam kejohanan ini, setelah keputusan seri mengecewakan mereka di Phnom Penh.

Keputusan seri 2-2 mengecewakan Harimau malaya di Phnom Penh Ahad lepas. FOTO:FAM
Di sebalik cabaran yang dihadapi Malaysia, Timor-Leste pula datang dengan semangat yang lebih tinggi selepas dibelasah teruk 10-0 oleh Thailand dalam perlawanan pertama.
Pasukan yang dilihat sebagai antara yang terlemah dalam kejohanan ini tetap bertekad untuk mencari kemenangan pertama mereka.
Walaupun kekalahan besar kepada Thailand menunjukkan kelemahan besar dalam struktur permainan mereka, Timor-Leste pastinya ingin menebus maruah dan memberi tentangan kepada Harimau Malaya.
Secara statistik, Malaysia mempunyai rekod cemerlang menentang Timor-Leste dengan lima kemenangan daripada enam pertemuan terakhir.

Secara statistik, lima perlawanan terakhir kedua-dua pasukan.
Kemenangan terakhir Malaysia terhadap Timor-Leste adalah pada tahun 2019 dengan keputusan agregat 12-2. Dalam lima perlawanan terakhir, Malaysia mencatatkan satu kemenangan, dua seri, dan dua kekalahan, sementara Timor-Leste mencatat dua kemenangan, dua kekalahan, dan satu seri.
Harimau Malaya perlu memanfaatkan kelebihan ini dan mengatasi kelemahan yang ditunjukkan dalam perlawanan pertama, terutamanya dalam penyudah dan keserasian antara pemain.
Pasukan juga perlu lebih berhati-hati dengan pendekatan taktikal untuk memastikan mereka tidak memberi peluang kepada Timor-Leste untuk mengejutkan. Namun, bermain di laman sendiri di Bukit Jalil memberikan satu kelebihan besar kepada pasukan yang dikendalikan oleh Pau Marti.

kehadiran Ultras malaya dan penyokong Harimau Malaya akan memberikan suntikan semangat buat pasukan.
Dominic Tan, pemain pertahanan utama Malaysia, menegaskan pentingnya perlawanan ini.
“Bagi saya secara peribadi, bermain untuk negara adalah satu penghormatan besar. Setiap perlawanan kami ambil serius, dan kami sentiasa memberi yang terbaik untuk menyumbang kepada negara.
“Perlawanan esok sangat penting, dan kami mahu beraksi dengan kuat di laman sendiri untuk mendapatkan tiga mata.”
Begitu juga dengan jurulatih Pau Marti yang menambah, “Bermain di Bukit Jalil adalah kelebihan besar, dan kami mahu memberikan persembahan terbaik bukan hanya untuk menang, tetapi juga untuk menghiburkan penyokong yang hadir ke stadium,” kata pemain Sabah FC itu.
Dengan motivasi pemulihan yang tinggi, Harimau Malaya harus mampu untuk menguasai permainan dan meraih tiga mata penuh. Walaupun Timor-Leste mungkin cuba untuk mengatur strategi bertahan, Malaysia dijangka akan mendominasi dan mencatatkan kemenangan.

Pau Marti dan Dominic Tan dalam sidang media pra-perlawanan Malaysia Lawan Timor-Leste.
Namun, seperti dalam bola sepak, kejutan masih boleh berlaku jika pasukan gagal memanfaatkan peluang.
Prediksi perlawanan ini adalah Malaysia,akan memenangi perlawanan namun yang lebih penting adalah sokongan padu daripada penyokong Harimau Malaya yang akan berada di stadium untuk memberi dorongan kepada pasukan.
Semoga perlawanan ini menjadi titik tolak untuk kebangkitan Harimau Malaya di Piala Mitsubishi Electric 2024.