PERTEMBUNGAN sengit melibat pasukan Malaysia dan Singapura di pentas Mitsubishi Electric Cup 2024 bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat.

Namun, ramalan cuaca daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), menunjukkan kemungkinan hujan pada waktu petang dan malam hari perlawanan.

Sebagai tunjang utama pasukan, ‘pemain ke-12’ dinasihatkan untuk bersedia dengan keadaan cuaca yang diramalkan hujan pada waktu petang dan malam untuk memastikan keselesaan sepanjang perlawanan.

Perlawanan yang berlangsung dalam suasana hujan pastinya menambah cabaran kepada pasukan bertanding, namun semangat penyokong di stadium diyakini akan memberi tenaga tambahan kepada pemain di atas padang.

Walaupun cuaca dijangka kurang mesra, penyokong setia dijangka tetap memenuhi tempat duduk stadium untuk memberi sokongan padu kepada pasukan kegemaran mereka.

Turut dingatkan kepada semua yang hadir untuk merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, terutama dengan kemungkinan hujan yang boleh memperlahankan perjalanan ke stadium.

Stadium Nasional Bukit Jalil bersiap sedia untuk menyambut kehadiran peminat setia harimau malaya dan Mitsubishi Electric Cup 2024 pasti akan menjadi detik bersejarah untuk semua.

 Ayuh kita pastikan sokongan padu di stadium meskipun berdepan dengan cabaran cuaca!