Select Page

CR7, Maguire paling banyak menerima ciapan penghinaan

CR7, Maguire paling banyak menerima ciapan penghinaan

BINTANG Manchester United, Cristiano Ronaldo dan Harry Maguire tersenarai dalam kelompok paling banyak menerima kecaman berunsur negatif dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Daripada jumlah 2.3 juta komen di Twitter, 60 ribu komen dikesan berbaur penghinaan dan kebanyakannya kepada pemain Red Devils.

Menerusi hantaran di laman Twitter Harry Maguire, dia memahami kekecewaan para penyokong ekoran prestasi Hambar United dan berjanji menyelesaikan konflik dalam masa yang terdekat.

“Sebagai satu pasukan, kita berada pada satu detik yang sukar. Kita tahu dan terima ianya tidak cukup bagus. Kami rasai kekecewaan anda.

” Kita sedang cuba segala yang termampu untuk membetulkan keadaan.Terima kasih atas sokongan kepada pasukan Manchester United,” kongsinya kepada penyokong melalui akaun Twitter miliknya.

Dalam pada itu, kajian daripada Institut Alan Turing mengesahkan Cristiano Ronaldo dan Harry Maguire mengungguli carta ‘Pemain Paling Banyak Menerima Tweet berbentuk Penghinaan’ dari 13 Ogos 2021 sehingga 24 Januari 2022.

Musim lalu United hanya mampu berada pada tangga ke-6 liga, 58 mata, dengan hanya 16 kemenangan berjaya dicatat dalam 38 perlawanan.

Video Terkini

Loading...