FOTO : JDT
TIADA kejutan dapat disaksikan selepas juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) selangkah ke final Piala FA hasil kemenangan tipis 2-1 ke atas Kedah Darul Aman FC pada separuh akhir pertama Piala FA 2024-25, sebentar tadi.
Beraksi di hadapan lebih 22,00 penyokong lawan, nyata tidak menjejaskan tumpuan JDT yang tampil garang menerusi gandingan Bergson Da Silva dan Heberty Fernandes.
Kapten Sang Kenari, Sony Norde nyaris mencemaskan benteng JDT namun sepakan deras tepat ke arah Syihan Hazmi m-17.
Kebuntuan jaringan dileraikan skuad Harimau Selatan apabila Oscar Arribas memanfaatkan hantaran lintang Heberty m-23. Gol disahkan oleh pengadil selepas semakan VAR.
M-32 Bergson hampir menggandakan kedudukan selepas berjaya menolak masuk tetapi kali ini semakan VAR menafikan gara-gara offside.
Selepas rehat permainan tambah rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.
Deretan peluang dimiliki tuan rumah tetapi semuanya berjaya diselamatkan Syihan yang cemerlang memastikan gawangnya tidak bolos.
Pun begitu, penghujung masa permainan Kedah menyamakan kedudukan menerusi Habib Haroon m-89 selepas disahkan VAR.
JDT membuktikan mereka pasukan dalam kelas berbeza dengan pemain gantian, Romel Morales menyumbat gol klinikal pada masa kecederaan.
Kemenangan itu menyaksikan skuad bimbingan Hector Bidoglio membawa bekalan ‘selesa’ menuju ke aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, 4 Ogos depan.