TANDUKAN penting Nathan Ake membawa Manchester City ke suku akhir selepas mengatasi bertahan, Liverpool dalam aksi Piala Liga menerusi kemenangan dramatik 3-2 di Stadium Etihad sebentar tadi.
Pertembungan kelompok 16 terakhir itu menandakan kembalinya aksi kompetitif dua gergasi bola sepak England selepas rehat Piala Dunia.
City, juara Liga Perdana Inggeris (EPL) dua kali mendahului menerusi Erling Haaland dan Riyad Mahrez namun Liverpool menyamakan kedudukan menerusi jaringan Fabio Carvalho dan Mohamed Salah.

Erling Haaland dan Kevin De Bryune membawa Manchester City ke suku akhir Piala Liga. – Getty Images
Namun Ake yang tidak dikawal menjadikan 3-2 pada minit ke-58, membuatkan The Reds buntu mencari gol penyamaan.
“Selepas lama tidak beraksi kerana Piala Dunia, kedua-dua pasukan menakjubkan dengan mempamerkan permainan intensiti dan tahap permainan tinggi,” kata pengurus City, Pep Guardiola kepada Sky Sports.
“Liverpool bermain pasukan yang sukar ditundukkan, apabila mereka bermain baik, mereka akan memusnahkan anda. Kualiti transisi, mencipta peluang.. tahniah kepada pemain yang berpeluang beraksi menentang pasukan lawan.”
Menurut Pep, Kevin sangat hebat: “Kevin bermain dengan api di dalam dirinya. Dia perlu mencarinya. Pemain yang hebat. Berapa tahun sudah dia berada di sini? Lapan tahun? Dia legenda sebenar.”
Sementara itu, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui 15 minit pertama amat sukar buat pasukannya apabila bermain dalam formasi yang tidak pernah digunakan sebelum ini.

Pemain Manchester City meraikan jaeringan Nathan Ake menerusi tandukan yang membawa kemenangan dan kemaraan ke suku akhir Piala Liga.
Dalam pada itu, beliau memuji City sebagai sebuah pasukan yang ‘super, super, super yang melakukannya dengan baik sekali,’ namun masih merungut mengenai benteng pertahananya.
“Gol yang kami lepaskan sepatutnya tidak berlaku…Kami bermain perlawanan yang bagus tetapi tidak cukup bagus untuk menewaskan City malam ini.
“Banyak yang kami boleh tingkatkan dan kami boleh ke perlawanan berikutnya dengan lebih baik dan itulah yang kami akan lakukan.”
Guardiola menggunakan enam pemain Piala Dunia dalam kesebelasan utamanya.
Ake, Manuel Akanji, Aymeric Laporte, Rodri, Kevin De Bruyne dan Ilkay Gundogan semuanya terbabit sejak sepak mula.
Klopp pula, dengan skuadnya mengatasi Chelsea 11-10 pada penentuan penalti panjang di Wembley pada Februari untuk skuad Reds menang Piala Liga kali kesembilan, juga menurunkan skuad terbaik.
Pengendali dari Jerman itu meletakkan Salah dalam penampilan pertamanya di Piala Liga selain final sejak Oktober 2020, Darwin Nunez dan Carvalho.
Kapten Liverpool, Jordan Henderson juga disenaraikan di bangku simpanan tetapi rakan sepasukan antarabangsa England, Trent Alexander-Arnold langsung tidak terbabit manakala pertahanan Belanda, Virgil van Dijk juga berehat selepas Piala Dunia. – Agensi