PENGENDALI Terengganu FC (TFC) ,Tomislav Steinbruckner memang menjangkakan aksi yang getir ketika berhadapan Kuala Lumpur City pada pertembungan separuh akhir kedua Piala Malaysia.

Dalam saingan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak Sabtu malam, TFC mara ke final berbekal agregat 4-2 untuk bertemu Johor Darul Ta’zim.

“Saya berbincang dengan pembantu saya. Tiada satu perlawanan yang tidak mudah dari awal musim.

“Perlawanan pertama kami menang 2-1, tetapi hari ini juga kami menewaskan mereka. Kami berhak mendapat kemenangan itu, tetapi aksi yang sukar dari awal menentang pasukan lawan yang baik.

“Pasukan saya layak untuk itu (final). Kami bekerja keras dari awal musim, begitu banyak perlawanan yang bagus. Beberapa daripadanya tidak begitu bagus, tetapi hari ini kami menewaskan lawan lagi dan saya gembira dengan para pemain,” katanya.

May be an image of 2 people, people playing American football, people playing football and text that says "Colever Colev C x MUNICH FLASH SUKAN KELME"

Steinbruckner turut memuji persembahan Ivan Mamut yang terus meledak gol di hadapan penyokong sendiri selepas melakukan jaringan sama di Cheras, 21 Oktober lepas.

Terengganu menjaringkan gol pertama mereka pada minit ke-42 apabila penyerang Croatia itu menerima hantaran daripada pemain sayap Norhakim Hassan dan melepaskan rembatan menakjubkan menerusi kaki kiri.

“Saya gembira dan semua peminat boleh melihat bagaimana para pemain mengikuti arahan kami. Ini adalah hadiah untuk TFC. Ivan menjaringkan gol dalam perlawanan pertama. Satu gol lagi di sini. Dia bermain dengan baik dan dalam prestasi terbaik.

“Saya tidak mahu bercakap sekarang hanya tentang Ivan kerana kita adalah satu pasukan. Kami mempunyai ramai pemain yang bagus termasuk pemain muda,” katanya.

May be an image of 3 people, people playing American football, people playing football and text that says "TS umbro x MUNICH FLASH S SUKAN KELME"

Mengulas aksi bertemu JDT di final, pakar taktikal asal Croatia itu menyatakan masih terlalu awal kerana para pemainnya perlu mengharungi empat lagi perlawanan sebelum berentap gelaran juara.

Selepas ini, skuad Penyu akan berlepas ke Filipina pada pagi Isnin untuk menghadapi kelab Stallion Laguna FC dalam kempen Piala AFC 2023.

ARTIKEL BERKAITAN : Terengganu FC kembali ke pentas akhir Piala Malaysia