SKUAD Piala Sudirman Malaysia mara ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Denmark di Pusat Sukan Olimpik Suzhou.

Kemenangan pasukan Malaysia mara ke saingan separuh akhir buat kali ketiga selepas 2019 dan 2021 itu disahkan menerusi aksi gandingan pemain beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menewaskan Kim Astrup-Anders Rasmussen dengan keputusan 21-17, 21-16.

Malaysia memulakan langkah kemenangan pertama menerusi Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang terpaksa bekerja keras mengetepikan Mathias Christiansen-Alexandra Bøje, 15-21, 21-14, 21-7.

Aksi ketiga dari Jin Wei disekat Mia.

Kemenangan kedua pula menyaksikan pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia menang mudah  ke atas Viktor Axelsen (4-4) yang terpaksa menarik diri berikutan mengalami kecederaan.

Namun pada aksi ketiga perseorangan wanita pula menyaksikan Mia Blichfeldt menewaskan pemain negara,  Goh Jin Wei dengan keputusan 21-14, 15-21, 21-19.