KELAB Liga 1 Thailand, Police Tero FC memanfaatkan cuti rehat antarabangsa untuk mengadakan kem latihan pusat di Johor sebagai langkah mengembalikan semula keyakinan dan meningkatkan kualiti pasukan.
Skuad yang kini dibimbing Tan Cheng Hoe berlepas dari Bangkok menuju ke Johor Darul untuk menjalani latihan pusat dari 13 hingga 21 Mac seperti yang dikongsikan laman sosial rasmi kelab.
Police Tero dijangka bakal mengadakan perlawanan ujian dengan skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) selain dapat menggunakan fasiliti serba lengkap milik Harimau Selatan.
Kelab itu kini bergelut dengan prestasi dan kemasukan Cheng Hoe diharap dapat membantu untuk kelab itu keluar dari zon relegasi seterusnya terus bersaing dalam Liga 1 Thailand musim 2024-25.
Police Tero mempunyai hubungan baik dengan Johor Darul Ta’zim sejak Mohamadou Sumareh pernah dipinjamkan dan mereka memanfaatkan kerjasama ini untuk membina semula keyakinan pasukan.
JDT juga kini giat mempersiapkan pasukan menjelang kempen pramusim mereka di Eropah dan Police Tero boleh menjadi teman ‘sparring‘ yang berkualiti bagi memastikan pemain mendapat minit permainan dan kecergasan.

Tan Cheng Hoe ketika sesi latinan skuad Police Tero FC
Sembilan pemain Harimau Selatan pula akan mula melapor diri ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman pada 21 dan 26 Mac.