UNDIAN peringkat kumpulan Liga Juara-Juara 2023/24 telah selesai. Berikut adalah keputusan Liga Juara-Juara yang lengkap.
Kumpulan F boleh dikatakan kumpulan maut dalam Liga Juara-Juara musim ini kerana empat pasukan di dalamnya mempunyai kekuatan yang cukup seimbang iaitu Paris Saint-Germain, Borussia Dortmund, AC Milan dan Newcastle United.
Milan yang berada dalam pot tiga dan Newcastle yang berada dalam pot empat diramalkan menjadi pasukan yang berpotensi mencipta kumpulan sukar.
Ternyata kedua-dua mereka bergabung dalam kumpulan yang sama agar perlawanan dalam Kumpulan F pasti lebih panas.
The 2023/24 group stage draw ✅#UCLdraw pic.twitter.com/kCTj9JfBFM
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) August 31, 2023
Sementara itu Man City, juara bertahan, akan berada dalam Kumpulan G. The Citizens berada dalam kumpulan yang sama dengan RB Leipzig, Crvena Zvezda dan Young Boys.
Dalam kumpulan A, Bayern Munich dan Manchester United berada dalam kumpulan yang sama. Dua lagi pasukan ialah FC Copenhagen dan Galatasaray
Perlawanan akhir Liga Juara-Juara musim ini akan diadakan di Stadium Wembley, London pada 1 Jun 2024.
Best player in Group G❓#UCLdraw pic.twitter.com/ioiSUU3HCG
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) August 31, 2023
Dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini, Sepanyol merupakan negara yang mempunyai wakil terbanyak iaitu lima kelab. Sevilla, yang memenangi Liga Europa musim lalu, turut mendapat tiket untuk layak ke Liga Juara-Juara.
Selain itu, Sepanyol turut diwakili oleh Barcelona, Real Madrid, Atletico Madrid dan Real Sociedad yang menduduki empat zon teratas La Liga pada penghujung musim.
Liga Juara-Juara musim lalu dimenangi oleh Manchester City. Man City menewaskan wakil Itali, Inter Milan dalam perlawanan akhir dengan jaringan tipis 1-0. Gol kemenangan Man City ketika itu dijaringkan oleh Rodri.
Manchester City’s opponents in #UCL Group G have been 𝐂𝐎𝐍𝐅𝐈𝐑𝐌𝐄𝐃. 🔒✅ pic.twitter.com/GVvCW8EjJu
— mcfc lads (@mcfc_lads) August 31, 2023
Kumpulan A
Bayern Munich, Manchester United, FC Copenhagen, Galatasaray
Kumpulan B
Seville, Arsenal, PSV Eindhoven, Lens
Kumpulan C
Napoli, Real Madrid, SC Braga, Union Berlin
Kumpulan D
Benfica, Inter Milan, RB Salzburg, Real Sociedad
Kumpulan E
Feyenoord, Atletico Madrid, Lazio, Celtic
Kumpulan F
Paris Saint-Germain, Borussia Dortmund, AC Milan, Newcastle United
Kumpulan G
Manchester City, RB Leipzig, Crvena Zvezda, BSC Young Boys
Kumpulan H
Barcelona, FC Porto, Shakhtar Donetsk, Royal Antwerp