PASUKAN Ragbi NRDP akan mewakili Malaysia dalam Kejohanan Ragbi (7’s) Paris World Games yang akan berlangsung di Paris, Perancis pada 25 dan 26 Jun ini.
Skuad kendalian Ketua Jurulatih, Mohd Syahir Asyraf Rosli diharapkan akan mempamerkan aki yang terbaik sepanjang kejohanan tersebut berlangsung seterusnya mengharumkan nama negara di persada dunia.
Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Datuk Shahrul Zaman Yahya mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan NRDP Malaysia.

Inilah barisan kita. – FOTO NRDP Malaysia
“Semoga kejayaan bersama dengan anda!,” tulisnya menerusi Facebook pada Isnin.
Dalam mempersiapkan skuad mantap, pasukan Ragbi NRDP sebelum ini telah menjalani latihan di Padang Majlis Sukan Negara (MSN) Kuala Lumpur.