SELEPAS 16 tahun dinanti, Manchester United akhirnya sah kembali ke Malaysia apabila bakal beraksi menentang ASEAN All-Stars dalam perlawanan penuh berprestij di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei ini.

Kepulangan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu pastinya mencetuskan keterujaan luar biasa dalam kalangan peminat bola sepak tempatan yang sudah lama tidak menyaksikan kehadiran skuad The Red Devils di tanah air.

Perlawanan ini bukan sekadar aksi persahabatan, tetapi bakal menjadi pentas mempertemukan bintang-bintang United dengan barisan pilihan terbaik dari rantau Asia Tenggara, sekaligus menjadi medan ‘aksi’ hebat antara dua budaya bola sepak.

Penganjuran perlawanan ini dijayakan dengan kerjasama ProEvents dan ShekhinahPR yang pastinya mahu memastikan setiap detik aksi malam tersebut meninggalkan kenangan manis buat seluruh penyokong.

Sambutan dijangka luar biasa dan penyokong disaran mendapatkan tiket awal sebelum ianya habis terjual. Malaysia, bersiap sedialah, Red Devils kini kembali ke Bukit Jalil