PENYERANG sensasi Al-Nassr, Cristiano Ronaldo, menjadi tumpuan apabila dia tidak dapat menahan ketawa selepas seorang peminat memintanya untuk melakukan sambutan ikonik ‘Siuuu’ di luar Stadium Al-Awwal baru-baru ini.
Ronaldo, yang merupakan pemenang lima kali Ballon d’Or, dikenali bukan sahaja kerana statusnya sebagai penjaring gol terbanyak dalam sejarah bola sepak tetapi juga kerana sambutan uniknya itu.
Sambutan ‘Siuuu’ telah menjadi simbolik kepada kejayaannya di atas padang, malah sering ditiru oleh peminat di seluruh dunia.
Dalam kejadian tersebut, seorang peminat dilihat mendekati bintang Portugal itu dan meminta untuk melakukan sambutan tersebut bersamanya.
Permintaan lucu itu membuatkan Ronaldo ketawa besar, menunjukkan sisi mesra dan santai pemain berusia 39 tahun itu.
Sejak menyertai kelab gergasi Arab Saudi, Al-Nassr, Ronaldo telah menjadi sangat disayangi oleh penyokong tempatan.
Namun, walaupun kehadirannya memberikan aura yang besar kepada pasukan, Al-Nassr masih bergelut untuk mencapai prestasi yang diharapkan dan belum berjaya memenangi sebarang trofi sejak penyerang itu tiba.
Ronaldo kini bersedia untuk kembali ke padang apabila Al-Nassr akan menentang Al-Taawoun pada Sabtu ini.
Pasukan itu bertekad untuk menutup jurang mata dalam kedudukan Liga Pro Saudi, sambil berharap kehadiran Ronaldo dapat terus memberi impak besar kepada perjalanan mereka musim ini.