ROYAL Pahang Polo dipimpin oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah muncul juara FV Polo Club Gold Cup 2026 selepas menewaskan Jogo Polo dalam aksi final yang berlangsung di Fraser Valley Polo Club.

Royal Pahang Polo mencipta kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai juara FV Polo Club Gold Cup 2026 selepas berjaya bangkit daripada ketinggalan 5-7 dan mengakhiri perlawanan dengan skor 8-7.

Kejayaan Royal Pahang Polo itu turut mendapat perhatian istimewa apabila Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, bersama Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, bersama Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan menyempurnakan penyampaian trofi kepada Royal Pahang Polo Club, juara FV Polo Club Gold Cup 2026.

Kejayaan tersebut menyaksikan Royal Pahang Polo menampilkan aksi bertenaga dan konsisten sepanjang perlawanan bagi memastikan mereka membawa pulang kejuaraan selepas menundukkan Jogo Polo dalam perebutan trofi berprestij itu.

Kemenangan berkenaan turut mengukuhkan reputasi Royal Pahang Polo sebagai antara pasukan yang mempunyai tradisi kukuh dalam arena polo selain membuktikan keupayaan mereka untuk bersaing di pentas pertandingan yang menghimpunkan pasukan-pasukan kompetitif.

Majlis penyampaian hadiah itu menjadi kemuncak kepada kejohanan berkenaan sekali gus meraikan kejayaan Royal Pahang Polo yang berjaya menamatkan saingan sebagai pasukan terbaik.

Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengangkat trofi kemenangan FVPC Gold Cup

Kejayaan menjuarai FV Polo Club Gold Cup 2026 pastinya menjadi satu lagi pencapaian bermakna buat Royal Pahang Polo selain memperlihatkan kesinambungan tradisi dan kecemerlangan pasukan berkenaan dalam sukan polo.