PELUANG kali pertama menyarung jersi skuad Harimau Malaya menghadirkan rasa seronok pemain posisi tengah, Endrick Dos Santos yang membuat kemunculan semasa perlawanan persahabatan Tier 1 bertemu Turkmenistan.

Ujarnya, ini adalah saat yang dinantikan sejak lima tahun lepas dan kemenangan dilakar menimbulkan rasa bahagia buat pemain berasal Brazil itu.

“Saya sangat senang bermain untuk Malaysia, kami menunggu lama melakukan ini dan saya bahagia untuk kemenangan.

“Ya saya tinggal selama lima tahun. Semua keluarga saya bahagia di sini. Maksud saya, bahagia di sini saya fikir dapat menyumbang sesuatu untuk negara.

“Selama lima tahun saya melihat bola sepak di sini, saya fikir saya dapat membantu orang, para pemain untuk lebih berkembang.

“Tentu saja bola sepak setiap peringkat menaik dan saya merasa ia bagus. Jadi, ini momen yang bagus untuk pasukan kebangsaan Malaysia dan mereka semua senang,” katanya alami sedikit kecederaan.

Endrick berkata, dirinya akan selalu mendapat pelbagai tekanan sepanjang waktu bermain bola sepak.

“Jika kamu tidak menginginkan tekanan kita perlu memilih sukan yang berbeza tapi kita tahu tekanan yang datang kepada kita menjadi sihat.

“Kita punyai banyak pemain bagus kemudian kami datang untuk membantu seperti pemain baharu supaya lebih baik musim ini,” kata pemain pasukan Johor Darul Ta’zim itu.