PENYOKONG Selangor FC mampu menguntum senyuman selepas menyaksikan skuad Gergasi Merah ‘melanyak’ wakil Brunei, DPMM FC dalam aksi pertama Selangor Asia Challenge 2024.
Bukan sahaja dapat melihat pasukan kesayangan beraksi baik, para penyokong juga disajikan aksi mantap daripada pemain import baharu dari Cape Verde, Alvin Fortes yang menyumbang dua jaringan dalam perlawanan kompetitif pertamanya bersama Selangor.
Finalis Piala Asia 2023, Noor Al Rawabdeh juga kembali membuktikan kemampuan dirinya juga dengan dua jaringan sekali gus melengkapkan malam gemilang Merah Kuning dihadapan 2,340 penyokong di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Selangor Asia Challenge 2024
FT: Selangor FC 4-0 DPMM FC
⚽️ Noor Al Rawabdeh 14',57', Alvin Fortes 30',68'
More pictures at: https://t.co/1hPY5E9oPC#pramusim2024#SAC2024 #MKLK pic.twitter.com/5okoglg9JZ
— Flash Sukan (@FlashSukan) April 26, 2024
Selangor menguasai keseluruhan perlawanan sejak wisel permulaan dengan mempunyai banyak peluang keemasan namun dinafikan ketangkasan penjaga gol lawan untuk mengelakkan kekalahan lebih besar.
Alvin Fortes membuktikan dirinya adalah pembelian yang berbaloi dengan aksi bertenaga dan berjaya mengkucar-kacirkan barisan pertahanan lawan selain rajin membantu barisan pertahanan ketika diserang.
Enam pemain skuad B-23 tahun kebangsaan juga berada dalam barisan pemain namun hanya dimasukkan pada babak kedua untuk menguji gandingan dan keserasian antara semua pemain.
Kedudukan 4-0 kekal hingga tamat perlawanan dan Selangor kukuh di tangga teratas dengan tujuh mata hasil tiga mata dari kemenangan dan empat mata bonus jaringan yang ditetapkan untuk kejohanan pramusim ini.
Dalam satu lagi aksi pada sebelah petang, wakil Singapura, Balestier Khalsa berjaya meraih kemenangan keatas wakil Kemboja, Young Elephants 1-0 untuk menduduki tangga kedua dengan empat mata.