PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) sah terlibat dalam satu siasatan yang sedang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebagaimana dilaporkan sebuah portal sebelum ini.

Menurut sumber dalaman, SPRM telah membuka Kertas Siasatan dipercayai terhadap Timbalan Presiden BAM, namun tidak menjelaskan lanjut perkara berkaitan tersebut.

Difahamkan, sumber terbabit mengakui bahawa SPRM ada membuat lawatan ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) selepas menerima satu laporan yang dibuat pihak tertentu.

Sebelum ini, sebuah portal berita, SCOOP memetik sumbernya memberitahu SPRM ke akademi terbabit di Bukit Kiara, minggu lalu.

Malah laporan itu juga menjelaskan bahawa belum menerima maklumat lanjut berkaitan siasatan yang dilakukan SPRM namun dipercayai berkaitan dengan penyelewengan.

Ironinya, siasatan SPRM terhadap BAM hanya berlaku selepas Tan Sri Mohamad Norza Zakaria meninggalkan badan induk itu, sejak Ogos lalu.

Apakah kejadian ini menuntut bekas Presiden BAM itu kembali mentadbir badan induk badminton negara selepas tujuh tahun memimpinnya dengan cemerlang?