JUALAN tiket dikatakan hambar !
Sabar, tenang dan jangan panik dahulu kerana penyokong tegar Harimau Malaya sedang melakukan sesi membakar jiwa setiap pelusuk insan terutama kepada rakan-rakan, keluarga dan jiran tetangga.
Keresahan segelintir peminat bola sepak negara diterjemah berdasarkan angka rasmi jualan tiket terkini yang dimuatkan media sosial Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) sejak semalam.
Bagaimanapun, ia bukanlah masalah besar buat Ketua Ultras Malaya (UM07) atau dipanggil Capo UM, Lekir Ahmad yang tetap meyakini bahang final Pestabola Merdeka 2023 akan dipenuhi pencinta skuad Harimau Malaya.
“Saya tak rasa ianya adalah masalah besar sebab bahang final dan prestasi terkini pemain-pemain adalah pemangkin untuk penyokong memenuhkan setiap sudut ruang stadium.
“Sudah menjadi “Malaysian Culture“, ‘last minute‘ mesti jadi,” katanya kepada FLASH SUKAN.
Teruskan momentum beli tiket .. harimau Malaya memerlukan anda esok. Penuhkan stadium. Ayuh peminat peminat semua. Go for it !! https://t.co/ycuwsoHiSX
— Flash Sukan (@FlashSukan) October 16, 2023
Sehingga jam 2 petang ketika artikel ini disiarkan, sebanyak 15,943 tiket telah terjual berbanding kapasiti 88,000 penonton yang boleh dipenuhi di Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Yakinlah ngauman Bukit Jalil akan bergema dek padunya suara ekor Harimau Sejati.
“Jadi, Ayuhhh Ekorrr Harimau… Bersatupadulah demi maruah bola sepak tanah air.
“Tiket kasi tekan !!!, ” tegasnya penuh bersemangat.
Malaysia akan berdepan Tajikistan bagi aksi penentuan gelaran di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa.
Kali terakhir skuad negara memenangi piala edisi ke-41 berkenaan ketika berlangsung di Kuantan pada 2013 menewaskan Myanmar 2-0.