KEHADIRAN dua bekas pemain bola sepak kebangsaan, Shahrom Kalam dan Mahali Jasuli memeriahkan lagi Kejohanan Sepakan Penalti Sahabat Zakat di Do Arena 163, Mont Kiara pada Ahad.

Program anjuran Pusat Pungutan Zakat -Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) itu merupakan salah satu medium untuk mempromosikan dakwah zakat sambil bersukan dan dapat meningkatkan kutipan zakat di Wilayah Persekutuan.

Selain itu, ia bertujuan untuk memberi kesedaran kewajipan berzakat di samping dapat mengerakan hubungan antara PPZ-MAIWP dan Sahabat Zakat yang merupakan pembayar dan juga prospek pembayar zakat.

Mohammed Hassan menyepak bola sebagai tanda simbolik perasmian Kejohanan Sepakan Penalti Sahabat Zakat.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi PPZ-MAIWP, Mohammed Hassan berkata, Sahabat Zakat merupakan rakan baik PPZ-MAIWP yang sentiasa menyokong setiap aktiviti dakwah yang dijalankan.

”Saya juga berharap agar lebih ramai like dan memeriahkan lagi Page Sahabat Zakat agar info zakat dapat disampaikan dengan lebih meluas serta maklumat ini dapat mendidik dan memberi kesedaran kepada generasi muda bukan sahaja dalam meningkatkan kutipan zakat tetapi juga membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Bro Cuba FC muncul juara.

Kejohanan ini menyaksikan 20 pasukan dari Sahabat Zakat berentap. Juara membawa pulang wang tunai RM1,000 diimenangi oleh pasukan Bro Cuba FC, naib juara bernilai 800 dirangkul oleh Sejuk FC, manakala tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh Bald FC dan KMST FC dengan masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM600 dan RM300.

Sejuk FC bergelar naib juara.