BEKAS pemain skuasy wanita nombor 18 dunia, Sharon Wee mencipta sejarah tersendiri apabila muncul wanita pertama dilantik sebagai Presiden Persatuan Skuasy Melaka, sekali gus membawa nafas baharu kepada pembangunan sukan itu di negeri Hang Tuah.
Pelantikan bersejarah itu dilihat tepat pada masanya memandangkan Sharon memiliki latar belakang lengkap sebagai bekas pemain elit negara, jurulatih, pengulas siaran serta berpengalaman luas dalam dunia korporat dan pentadbiran sukan.
“As a state, elite national and world no. 18 player, with experience in coaching, broadcasting and the corporate world, as well as active involvement in sports administration, I hope to contribute my very best to the development of squash,” kata Sharon.

Beliau turut melahirkan rasa bangga menjadi wanita pertama memegang jawatan tertinggi persatuan itu sejak penubuhannya pada 1974, sambil menggalas peranan sebagai Naib Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM).
“Am proud to be the first woman President in the history of the Melaka Squash Association since its establishment in 1974 while also serving as Vice President of Persatuan Squash Malaysia,” katanya yang sebelum ini memegang kawatan Naib Presiden Sluasy Melaka.
Menurut Sharon, pelantikan itu diharap dapat membuka mata lebih ramai bekas atlet untuk kembali menyumbang sebagai pemimpin persatuan, selain memberi keberanian kepada golongan wanita tampil ke hadapan.
“I hope this appointment will inspire more former athletes to return and take on leadership roles within sports associations, and especially encourage more women to be courageous in stepping forward to assume the position of President,” katanya.
Turut menjawat jawatan Naib Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Sharon turut merancang untuk mencadangkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari bagi penganjuran Konvensyen Presiden Wanita Persatuan Sukan sebagai platform perkongsian pengalaman dan cabaran bersama.
“Looking forward to the leadership role and working together to inspire the next generation and bring Melaka & Malaysia squash to greater heights,” katanya, yang bersemangat mahu menjadikan Melaka sebagai antara negeri yang melahirkan pemain terbaik Malaysia.