SEKOLAH Kebangsaan Lemoi (SK Lemoi) muncul juara kejohanan bola sepak bawah 12 tahun (B-12) Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Cameron Highlands, yang berlangsung di Padang Awam Tanah Rata, hari ini.
SK Lemoi menewaskan SK Tanah Rata 1-0 hasil gol jaringan, Miky.
Terdahulu SK Lemoi yang juga dikenali sebagai The Botaks mara ke final selepas menundukkan SK Ringlet 3-0.


The Botaks baharu sahaja mendapat suntikan semangat menerusi sumbangan barangan dan peralatan yang digunakan Manchester United menentang Asean All-Stars, oleh Agensi perhubungan awam, ShekhinahPR, bersama perunding pemasaran dan pengurusan bola sepak ProEvents, minggu lalu.
ShekhinahPR, turut menghadiahkan 15 pasang kasut but bola sepak baharu kepada The Botaks sebagai sokongan kepada pembangunan sukan bola sepak dalam komuniti Orang Asli.
SK Lemoi, sebuah sekolah luar bandar menempatkan anak Orang Asli di Cameron Highlands.
ARTIKEL BERKAITAN: