SELANGOR Red Giants Esports (SRG) tampil dominan di dalam aksi pada jumaat menentang AC Esports.
AC Esports, pasukan baharu di bawah bimbingan Boss Simon terpaksa akur dengan pasukan yang pernah beliau bimbing, SRG dengan tewas bersih, 2-0.
Roamer SRG, Yums sekali lagi dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan dan kini mendahului carta bagi pemain terbaik pusingan liga.
AC Esports yang tampil hari ini dengan roamer baharu, Valenz masih belum cukup untuk menumbangkan Gergasi Merah.
AC Esports dikhabarkan bakal membawa satu lagi pemain bagi memperkuatkan pasukan dan dijangkakan akan hadir pada minggu hadapan.
Sementara itu, Team Vamos berjaya melakar kemenangan terhadap Bigetron MY (BTRM) di dalam perlawanan yang cukup sengit.
BTRM tampil kuat pada pusingan pertama dan mendapatkan kemenangan sebelum Team Vamos bangkit bagi mendapatkan kemenangan.
Team Vamos dengan prestasi baik mereka telah memanjat ke posisi kedua di liga memintas RRQ Tora.
MPL MY akan bersambung pada hari esok dengan menampilkan SRG bakal bertemu pasukan Invictus Gaming yang diperkuat oleh Gojes, pemain SRG yang dipinjamkan ke pasukan tersebut.