Select Page

Status ‘Ehteraz’ hijau dibenarkan tonton aksi Piala Dunia Qatar

Status ‘Ehteraz’ hijau dibenarkan tonton aksi Piala Dunia Qatar

PEMINAT yang akan hadir ke Stadium bagi menonton perlawanan Piala Dunia di Qatar, mesti menunjukkan bukti ujian negatif, Covid-19, tanpa mengira status vaksinasi, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan penganjur.

Menurut jawatankuasa Supreme Committee for Delivery & Legacy, semua penonton berumur enam tahun ke atas hendaklah mengemukakan keputusan negatif daripada ujian PCR yang diambil dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas atau daripada ujian antigen pantas RTK yang diambil dalam tempoh 24 jam sebelum tiba di Qatar.

Begitupun, ujian RTK hanya akan diterima jika ujian itu dibuat di pusat perubatan rasmi dan bukan ujian kendiri.

Berita baiknya pula, tiada ujian lanjutan perlu dijalani di Qatar jika pelawat tidak mengalami gelaja Covid-19.

Jawatankuasa itu turut mewajibkan pelawat berumumr 18 tahun ke atas, memuat turun aplikasi telefon pengesanan kontak yang dikendali kerajaan, ‘Ehteraz’.

“Status Ehteraz hijau (menunjukkan pengguna tidak mempunyai kes disahkan Covid-19 dibenarkan memasuki mana-mana ruang tertutup awam,” tambah kenyataan itu.

Video Terkini

Loading...