KARATEKA wanita negara C Shahmalarani berdepan tugas berat mempertahan pingat emas dimenangi di Hanoi dua tahun lalu, apabila dijangka berdepan pencabar terkuat, juara dunia dari Filipina.

Shahmalarani memenangi pingat emas Kumite Wanita Bawah 50 kilogram (kg) di Hanoi, tahun lalu dengan menewaskan karateka Thailand, Channyanut Chippensuk di pentas akhir yang  turut menyaksikan Sharon Verlina Ririhena (Indonesia) dan Dinh Thu Huong (Vietnam) berkongsi pingat gangsa.

Juara Dunia 2022, Junna Tsukii berdarah Jepun yang mewakili Filipina bukan calang-calang pencabar, apatah lagi semenjak melonjak ke ranking nombor tiga dunia awal tahun ini.

Junna Tsukii, karateka kelahiran Jepun yangkini mewakili Filipina , berada di ranking ketiga dunia, selain bergelar juara dunia 2022, menjadi pencabar terkuat karateka negara C Shahmalarani dalam acara kumite Wanita Baawah 50kg. -Pix FB Junna Tsukii

Malah Shahmalarani menyedari cabaran getir perlu diharunginya itu, kerana Tsukii begitu konsisten di pentas antarabangsa dengan memenangi pingat emas di Premimer League Karate 1 2021 yang berlangsung di Lisbon, Portugal.

Tsukii juga pemenang pingat perak Sukan Asia   2018, emas Sukan Sea 2019 di Filipina, gangsa (Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur).

“Pesaing saya berkelas dunia, jadi saya perlu membentuk fikiran yang saya bukan bertanding di tahap Asia Tenggara,” kata Shahmalarani.

Penuntut dan juga duta University Taylor itu mengakui, dia tahu apa perlu dilakukan untuk mengatasi Tsukii.

Input berguna itu diperolehnya pada perlawanan akhir Kejohanan Persekutuan Karate Asia Tenggara (SEAKF) baru-baru ini yang menyaksikan dia tewas kepada atlet Filipina itu, sekali gus sekadar pulang dengan pingat perak.

Katanya, kejohanan SEAKF yang berlangsung di Manila, Filipina itu dianggap sebagai satu pentas simulasi buat karateka Asia Tenggara yang bertanding di Sukan Sea Kemboja dan Malaysia pada ketika itu membawa pulang tiga pingat emas, lima perak dan lima gangsa.

Pencapaian dimiliki C Shahmalarani juga tidak kurang hebat, menang pingat emas K1 Series, Persekutuan Karate Dunia (WKF) Series A di Jakarta, November tahun lalu.

November tahun lalu, Shahmalarani memenangi pingat emas K1 Series, Persekutuan Karate Dunia (WKF) Series A di Jakarta, dan tentunya dia cukup memahami persaingan berkelas dunia.

“Karate adalah satu perlawanan yang berlangsung dalam waktu yang pendek. Tiga minit sahaja yang menentukan menang ataupun kalah. Saya tak kisah mengenai apa yang berlaku di SEAKF dan (apa yang penting), apa yang berlaku dalam tiga minit itu, ia adalah pengajaran buat saya.

“Saya boleh tahu apa kelemahan, kesilapan dilakukan dan bagaimana untuk saya mengendalikan perlawanan dengan seorang juara dunia. Ini kerana sebelum ini saya hanya melihatnya dari sudut peringkat Sukan Sea sahaja.

“Jadi apabila bertemu juara dunia, saya perlu berfikir lebih jauh berbanding tahap itu. Walaupun aksinya di Sukan Sea, ada juara dunia di sana. Jadi untuk mengendalikannya, saya kena menjadi lebih baik… daripada corak taktikal berbanding perlawanan satu lawan satu,” kata Shahmalarani.

Di Hanoi tahun lalu, skuad karate negara membawa pulang empat pingat emas dan enam gangsa, satu daripada emas itu disumbangkan Shahmalarani.