KEMELUT, pergeseran, perpisahan, kembali bergandingan dan tiba-tiba muncul juara dunia – semua itu membuatkan Chen Tang Jie kelu dan sukar menggambarkan perasaannya.

Sejak digandingkan dengan Toh Ee Wei, mereka hadir sebagai ancaman besar termasuk di Sukan Olimpik Paris, tahun lalu.

“I cannot say what I feel right now but I’m very glad that and happy that we become the… uh, we can, uh, other people can call us world champion. World champion,” kongsi Tang Jie kepada Persekutuan Badmi ton Dunia (BWF) sejurus muncul juara dunia bersama Toh Ee Wei di Paris.

Kemenangan bersejarah itu hadir tepat pada ulangtahun ke-68 kemerdekaan Malaysia apabila mereka membenam lawan dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 21-15, 21-14 untuk menghadiahkan gelaran dunia sulung dalam acara beregu campuran.

“To be world champion is something very meaningful for every athlete, and today we finally did it,” kata Tang Jie yang tidak mampu menahan emosi selepas tamat perlawanan.

Bagi Ee Wei, kejayaan itu lebih manis kerana disaksikan ribuan penyokong Malaysia yang membanjiri arena sambil meniup semangat perjuangan mereka sepanjang aksi.

Ketenangan menjadi kunci kejayaan apabila pasangan itu mengakui tidak lagi dibayangi rasa gugup, sebaliknya berkomunikasi pada setiap mata untuk memastikan fokus kekal jelas.

“Our mental prepared very clear and very determined, we didn’t think about lose or win, just focus and enjoy every moment,” tambah Tang Jie yang menyifatkan perubahan sikap itu membuka jalan ke puncak dunia.