LEGENDA tinju dunia, Michael Gerard Tyson atau lebih terkenal dengan jolokan Mike Tyson mendedahakn dia akan meninggal dunia tidak lama lagi.

Ikon sukan tinju ini mengalami masalah ‘Sciatica’ di bahagian belakang dan menyukarkan pergerakannya untuk berjalan secara normal.

Bekas petinju berusia 56 tahun itu dilihat berada di atas kerusi roda dan sempat bergambar dengan peminat di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Miami.

Mike Tyson meraikan kejayaan menumpaskan Larry Holmes di Atlantic City pada 1998. Foto: Getty Image

Mike Tyson dalam nada sebak berkongsi kepada media tentang kematian sudah menghampiri dirinya dan bakal meninggal dunia tidak lama lagi.

“Kita semua pastinya akan mati satu hari nanti. Apabila saya memandang cermin, saya nampak tompok-tompok kecil pada wajah saya. Ia bermakna tarikh luput saya semakin dekat, sangat-sangat dekat,” ujarnya.

Untuk rekod, Tyson memulakan karier profesionalnya pada usia 18 tahun dengan mengalahkan Hector Mercedes pada tahun 1985.

Popularitinya memuncak apabila aksi garang  di gelanggang mula disukai peminat sukan tinju dunia sekaligus merangkul gelaran tali pinggang heavyweight pertama serentak iaitu World Boxing Association (WBA), World Boxing Council (WBF) dan International Boxing Federation (IBF).