DUA beregu campuran terbaik negara, mempamerkan prestasi mantap di Kejohanan Badminton Terbuka India apabila lolos ke suku akhir, selepas mengharungi perlawanan getir rubber set.
Lebih membanggakan kemampuan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya membalas kekalahan kepada pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Saewsampran di Kumamoto Masters, Jepun tahun lalu, ketika Goh Soon Huat-Shevon Lai berjaya mengatasi gementar dikejar lawan dari Jepun, Yuta Watanabe-Maya Taguchi.
Turun menentang Dechapol-Supissara, Tang Jie-Ee Wei bagaikan tercari-cari rentak baik di gelanggang mahupun suhu rendah di sana.
Pasangan itu tunduk 19-21 pada set pertama berjaya bangkit pada dua set berikutnya, 21-12, 22-20, untuk mara ke suku akhir yang kedua, tahun ini.
“Ketika kehilangan kelebihan tiga mata akhir (20-17) pada set ketiga, kami tidak fikir banyak selain mahu melakukan hantaran yang konsisten, kami lebih banyak berkomunikasi sesama sendiri mahupun dengan jurulatih, akhirnya berjaya.
“Inilah kekurangan kami yang perlu kami atas kerana kami perlu lebih stabil di gelanggang,” kata Ee Wei kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF), selepas tamat perlawanan.
Pada Terbuka Malaysia minggu lalu,Tang Jie-Ee Wei kandas di separuh akhir selepas tunduk kepada pasangan utama dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dongping.
Sementara itu, Shevon mengakui rasa gementar menyelubunginya sehingga banyak melakukan ‘unforces error’.
“Saya terburu-buru apabila lawan mengejar ketika kami mendahului pada set kedua, kerana saya mahu kami bermain lebih pantas dan lebih kuat daripada lawan di gelanggang… sedangkan itu bukan rancangan asal kami.
“Namun saya mengharapkan permulaan baik dari hujung tahun lalu, awal tahun ini berterusan ke penghujung musim,” kata Shevon.
Soon Huat-Shevon melebarkan rekod pertemuan berbanding Watanabe-Taguchi keapda 2-0.
Pada pertemuan pusingan pertama di Kumamoto Masters tahun lalu, mereka menang dalam permainan tiga set, dan mengulanginya di India dengan keputusan 21-10, 1921, 21-16.