TONGGAK lincah Terengganu FC, Muhammad Faiz Mohd Nasir telah menandatangani kontrak untuk terus kekal bersama pasukan itu sehingga musim 2024.
Ia sekaligus menolak tawaran serta segala desas desus mengatakan dia akan berhijrah ke pasukan lain untuk musim hadapan.
‘Key player‘ yang telah memacu Terengganu FC ke pentas akhir Piala FA ini menyatakan dia tidak pernah berasa begitu dihargai sepertimana ketika berada bersama pasukan ini.
Baginya, ini adalah salah satu cara untuk membalas dan menghargai pengorbanan penyokong yang sentiasa menyokongnya termasuk pihak pengurusan.
Selain itu, dia turut berharap agar Sang Penyu terus memberikan kepercayaan kepadanya untuk mengakhiri kariernya bersama pasukan ini, kerana baginya Terengganu FC adalah segala-galanya buat dirinya.
🏴🏳️FAIZ NASIR TANDATANGANI KONTRAK LANJUTAN SEHINGGA 2024 : “TERENGGANU FC ADALAH SEGALANYA BUAT SAYA” 🏴🏳️
Baca selanjutnya di ⬇️⬇️⬇️https://t.co/C9Oblm2OMK#TerengganuFC#WeBleedBlackandWhite pic.twitter.com/QhHi2f1q5Q
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) October 31, 2022
Terdahulu, wujud laporan kononnya beberapa pasukan kini sedang cuba mendapatkan Faiz bagi membantu pasukannya untuk meraih lebih banyak jumlah gol pada saingan akan datang.
Faiz beraksi dalam 11 perlawanan buat Terengganu FC pada musim ini dalam saingan Liga Super dan menyumbang dua bantuan gol.
Aksinya dalam Piala FA lebih cemerlang apabila menyumbang dua gol dan satu bantuan gol dalam empat perlawanan, sekali gus membantu TFC untuk layak ke final Piala FA walaupun tidak bergelar juara selepas tewas kepada Johor Darul Ta’zim.