PENGURUS pasukan Crystal Palace, Patrick Vieira akan disiasat Badan Persatuan Bolasepak Inggeris setelah menendang seorang penyokong Everton pada malam pasukan tersebut meraikan kejayaan mereka terselamat daripada zon penyingkiran.
Bagaimanapun, rakaman seorang penyokong yang membuat naik video berkenaan di Twitter menunjukkan penyokong Everton tersebut menunjukkan jari tengah kepada Vieira, sebelum bekas pemain Arsenal itu bertindak di luar kawalan.
Sementara itu, Vieira menegaskan dia tidak ada apa-apa untuk dikatakan berhubung insiden tersebut.
“Saya tiada apa-apa untuk dikatakan berhubung insiden tersebut,” ujarnya.
Sebelum insiden tersebut, jurulatih Crystal Palace bertindak menampar penyokong Everton sebelum menendangnya yang mengakibatkan penyokong lain turut sama campur tangan.
Manakala jurulatih Everton, Frank Lampard turut bersimpati atas tindakan ‘kurang ajar’ yang dilakukan penyokong pasukan kendaliannya terhadap Vieira.
Lampard menyatakan penyokong sepatutnya bertindak lebih matang namun harus menerima hakikat ianya adalah perkara tidak baik yang sering terjadi dalam dunia bolasepak.
“Saya ingin meminta maaf terhadap apa yang berlaku kepada Vieira, ianya berlaku sekelip mata apabila penyokong memasuki pandang.
“Penyokong perlu mengawal emosi, selagi mereka tidak bertindak melakukan kekecohan, tiada masalah.
“Itu adalah lumrah bola sepak, takkan sampai kita perlu gari penyokong untuk mereka tidak bertindak sedemikian,” kata bekas pemain Chelsea itu.
Kemenangan tersebut mengesahkan Everton terselamat daripada zon penyingkiran dan terus kekal berada dalam saingan Liga Perdana Inggeris.